Suami isteri ditemui lemas dalam kolam kumbahan

14 Nov 2026 • 4:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Suami isteri ditemui lemas dalam kolam kumbahan

PAPAR: Sepasang suami isteri warga Indonesia ditemukan mati dalam keadaan berpelukan di sebuah kolam kumbahan di ladang ternakan babi di Kampung Kawari, di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Papar, Supt Heryan Mohd Tahir, berkata polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan itu pada 11.56 pagi.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dihantar ke lokasi untuk menjalankan siasatan serta membantu mengeluarkan mayat mangsa.

“Siasatan mendapati kedua-dua mangsa ialah lelaki berusia 52 tahun dan isterinya berusia 50 tahun, masing-masing warga Indonesia yang bekerja di ladang itu,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Rony Sikawan, berkata seramai sembilan anggota bomba dikerahkan ke lokasi dan tiba pada 1.30 petang selepas menerima panggilan kecemasan daripada IPD Papar.

Beliau berkata pasukan bomba mendapati kedua-dua mangsa terapung di dalam kolam berkenaan.

“Pasukan mengangkat mayat menggunakan pengusung sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved