Mayat Wanita, Anak Perempuan Ditemukan Reput Dalam Rumah

1 Jul 2025 • 12:18 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

GEORGE TOWN, 30 Jun (Bernama) — Seorang wanita dan anak perempuannya berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat orang awam berkaitan bau busuk disyaki bau mayat dari rumah berkenaan pada 4.41 petang.

“Pasukan siasatan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dibantu anggota bomba telah memecah masuk ke dalam rumah itu dan menjumpai mayat seorang wanita dan kanak-kanak perempuan di bilik utama dalam keadaan telah mereput.

“Berdasarkan dokumen pengenalan diri, didapati masing-masing berumur 40 dan dua tahun serta dipercayai hubungan mereka adalah ibu dan anak,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pakar forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Pasukan Siasatan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang turut dipanggil membantu siasatan di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved