Mayat wanita berseluar pendek ditemui terapung di sungai

1 Nov 2026 • 8:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat wanita berseluar pendek ditemui terapung di sungai
Mayat seorang wanita ditemukan terapung di Sungai Kuantan berhampiran kawasan parkir Benteng bersebelahan Shell Jalan Besar di sini pada Ahad.

KUANTAN – Mayat seorang wanita yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan terapung di Sungai Kuantan berhampiran kawasan parkir Benteng bersebelahan Shell Jalan Besar di sini pada Ahad.

Mayat mangsa yang dianggarkan berusia 30 tahun itu ditemukan orang awam kira-kira jam 12.38 tengah hari sebelum menghubungi talian kecemasan MERS 999 untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati mayat wanita berkenaan berada dalam keadaan terlentang dan tersangkut pada tali pelampung pukat.

Menurutnya, mangsa ditemukan memakai baju berwarna merah dan seluar pendek putih bercorak hitam.

“Hasil pemeriksaan luaran mendapati terdapat kesan calar berdarah pada bahagian dahi mangsa, namun tiada kecederaan lain yang mempunyai unsur jenayah ditemukan.

“Pengecaman identiti mangsa masih belum dapat dilakukan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pihak polis turut memaklumkan Unit Forensik D6 bagi tindakan pengecaman selanjutnya.

Jelasnya, mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk tindakan lanjut.

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved