Mayat Wanita Ditemui Dalam 4WD Berkunci

23 Sep 2025 • 5:42 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR – Bau busuk yang dihidu penduduk setempat membawa kepada penemuan mayat seorang wanita dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) tengah hari tadi. 

Insiden berkenaan berlaku berhampiran kawasan perniagaan Diamond Square, Setapak, di sini.

Mayat tersebut ditemui sekitar jam 12 tengah hari, selepas pintu kenderaan berkenaan yang berkunci berjaya dibuka dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Polis mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang wanita dalam kereta berhampiran Diamond Square, Setapak.

“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Mayat berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. 

Kes diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR). - Getaran, 23 September 2025