Mayat Wanita Reput Pakai Baju “Fear Less” Ditemui Berhampiran KLIA

Entertainment
11 Sep 2025 • 12:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mayat seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an yang dipercayai dibunuh telah ditemui dalam keadaan reput berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1 September lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 7.50 malam mengenai penemuan mayat tersebut.

Keadaan mayat telah mereput dengan bahagian kepala tidak sempurna dan hanya tinggal tengkorak. Berdasarkan keadaan fizikal, mangsa disyaki telah meninggal dunia lebih kurang seminggu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa juga masih berpakaian lengkap dengan t-shirt putih jenama Drum bersaiz XS bertulis ‘Fear Less’ bersama seluar kargo pendek berwarna krim yang bersaiz L.

image is not available

Sehingga setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri yang ditemui bersama mayat.

Kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Susulan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai atau waris untuk menghubungi pihak polis atau Pegawai Penyiasat Deputi Superintendan Tee Ah Chew di talian 018-2183555 untuk sebarang maklumat mengenai kes ini.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.