Mayat wanita tanpa pakaian ditemui terapung dalam sungai

12 Nov 2026 • 3:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Mayat wanita tanpa pakaian ditemui terapung dalam sungai
Satu mayat wanita tanpa pakaian ditemukan terapung dalam sungai berdekatan Pekan Lama di sini dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang Khamis.
Image from: Mayat wanita tanpa pakaian ditemui terapung dalam sungai
Lokasi penemuan mayat wanita di Pekan Lama Sungai Petani.
Image from: Mayat wanita tanpa pakaian ditemui terapung dalam sungai
Mayat ditemukan dalam keadaan terlentang, disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan.
Image from: Mayat wanita tanpa pakaian ditemui terapung dalam sungai
Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk proses bedah siasat.

SUNGAI PETANI - Satu mayat wanita tanpa pakaian ditemukan terapung dalam sungai berdekatan Pekan Lama di sini dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mayat ditemukan dalam keadaan terlentang, disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

"Setakat ini, identiti tidak dikenali, bangsa juga tidak boleh dikenal pasti jadi minta masyarakat kalau ada kehilangan ahli keluarga, datang membuat laporan polis," katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian.

**media[3707943]**

Jelasnya, pengesahan warganegara mahupun kesan kecederaan sekiranya dialami juga sukar untuk dipastikan memandangkan keadaan mayat yang sudah mereput.

**media[3707973]**

"Kita akan tengok juga daerah Kuala Muda dan juga daerah-daerah berdekatan jika ada laporan orang hilang yang menyamai deskripsi inilah, seorang wanita lingkungan umur 30-an ke atas," katanya.

**media[3707956]**

Jelasnya, operasi mengeluarkan mangsa turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk proses bedah siasat.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved