Maybank Dan Public Bank Umum Tidak Akan Mengenakan Caj Transaksi DuitNow QR

29 Sep 2023 • 1:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini kami ada kongsikan berita mengenai Paynet bakal mengenakan caj transaksi DuitNow QR kepada peruncit dan akan berkuat-kuasa 1 November 2023.

Rata-rata reaksi orang ramai adalah negatif kerana ini akan mengakibatkan kos kepada peruncit ini akan dirasai oleh pelanggan menerusi kenaikan harga barang.

Kini, Maybank dan Public Bank mengeluarkan kenyataan mereka tidak akan mengenakan caj transaksi DuitNow bermula 1 November.

Dalam pada itu, hanya dua bank ini mengeluarkan kenyataan tidak akan mengenakan caj transaksi.

image is not available

Malah, bagi bank CIMB pula mengeluarkan kenyataan akan hanya mengenakan caj bermula 1 Januari 2024.

Dalam siaran media yang dikeluarkan oleh PayNet yang mengendalikan sistem DuitNow, caj kadar diskaun peruncit (MDR) dikecualikan semasa pengenalan bagi meningkatkan penggunaan.

Tambahan, ia kemudiannya dilanjutkan lagi kerana pandemik Covid-19. Caj MDR pada waktu ini dikenakan pada setiap transaksi kad debit serta kredit.

Kredit: amanz

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Ada eWallet, kad NFC ni ada dah bayar guna debit/credit kad pulak. Harap tak de masalah lepas ni…

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media