Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj

29 Sep 2023 • 3:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiga bank lanjut pengecualian caj QR Duitnow

Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj. Tiga bank terkemuka di Malaysia, iaitu Maybank, Public Bank dan CIMB, mengumumkan pengecualian caj kepada vendor yang menggunakan platform pembayaran kod QR Duitnow.

Menurut kenyataan rasmi Maybank, bank tersebut tidak mempunyai rancangan untuk membebankan ke atas para vendor yang menggunakannya.

image is not available
Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj

Public Bank dalam satu kenyataan terdahulu turut memaklumkan bahawa ia akan mengecualikan caj DuitNow QR sehingga diberitahu kelak.

“Kami ingin memberitahu pelanggan kami bahawa tidak ada caj yang akan dikenakan terhadap transaksi DuitnowQR pada masa ini. Sebarang perubahan dalam masa akan datang akan diberitahu dengan terlebih dahulu,” kata pihak Maybank.

Public Bank pula, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, menyatakan keputusan mereka untuk tarik balik caj DuitNow QR sehingga notis lanjut diberikan.

image is not available

PayNet mengumumkan bahawa caj akan mula dikenakan kepada vendor yang menggunakan kod QR DuitNow mulai 1 November nanti

Sementara itu, CIMB telah memberitahu bahawa caj untuk platform ini akan dikecualikan sehingga akhir tahun ini sahaja.

Walau bagaimanapun, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali platform DuitNow, telah mengumumkan bahawa caj akan mula dikenakan kepada vendor yang menggunakan kod QR DuitNow mulai 1 November nanti.

PayNet dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa terdapat dua jenis e-pembayaran yang akan dikenakan caj. Ini termasuk kadar diskaun peniaga (MDR) dan caj tambahan 50 sen bagi transaksi yang melebihi RM5,000.

image is not available
Public Bank Tarik Balik Kenakan Caj Transaksi DuitNow QR, Lagi 2 Bank Lanjut Pengecualian Caj

“Mula 1 November, insentif MDR untuk transaksi melalui kod QR DuitNow akan berakhir,” jelas PayNet.

Mereka juga menambah bahawa MDR bukanlah caj baru, tetapi sebenarnya satu insentif yang diperkenalkan pada 2019 untuk mendorong penggunaan kod QR.

PayNet, sebagai rujukan, dimiliki bersama oleh Bank Negara Malaysia dan sebuah konsortium yang terdiri daripada 11 bank tempatan.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: