Maybank IB positif terhadap prospek Sunway penuhi permintaan hartanah perindustian di Pulau Pinang

Business & FinanceProperty
29 Sep 2023 • 12:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Maybank IB positif terhadap prospek Sunway penuhi permintaan hartanah perindustian di Pulau Pinang

azan

29/09/2023 - 12:05

KUALA LUMPUR 29 Sept - Maybank Investment Bank (Maybank IB) positif terhadap prospek Sunway Berhad bagi memenuhi permintaan hartanah perindustrian di Pulau Pinang.

Firma penyelidikan itu berkata, keyakinan itu disuarakan selepas kumpulan itu memeterai perjanjian pembangunan bersama Umech Land Sdn. Bhd. bagi membangunkan taman perindustrian di Batu Kawan.

Katanya, taman perindustrian baharu itu akan membantu Sunway mempelbagaikan asas pendapatannya dan meluaskan pendedahannya dalam segmen hartanah perindustrian.

"Kami positif terhadap perjanjian itu keranan penetapan harga yang adil, dengan jumlah nisbah kos tanah kepada nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak 18%. Kos tanah sebanyak RM26.5 sekaki persegi juga lebih rendah daripada harga di kawasan berkenaan.

"Tanah itu terletak bersebelahan dengan taman perindustrian Batu Kawan yang telah matang dan mempunyai kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada peningkatan permintaan bagi hartanah perindustrian di utara," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Maybank IB berkata, projek baharu ini mempunyai anggaran GDV sebanyak MYR3.5 bilion.

Katanya, dengan andaian margin sebelum cukai sebanyak 15% dan tempoh pembangunan lapan tahun, projek perindustrian baharu itu dijangka menghasilkan keuntungan bersih tahunan sebanyak RM50 juta.

"Kami mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) RM1.92 sesaham," katanya. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved