Maybank IB semak turun unjuran pendapatan InNature sehingga 24% selepas penilaian semula kos operasi

Business & Finance
24 Nov 2023 • 11:37 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Maybank IB semak turun unjuran pendapatan InNature sehingga 24% selepas penilaian semula kos operasi

azan

24/11/2023 - 11:37

KUALA LUMPUR 24 Nov - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyemak turun unjuran pendapatan InNature Berhad sehingga 24% selepas membuat penilaian semula terhadap kadar jualan dan kos operasi semasa.

Walaupun untung bersih suku keempat kumpulan itu akan dibantu oleh perbelanjaan bermusim yang lebih tinggi tetapi perbelanjaan pengguna yang lemah bagi tempoh yang panjang mungkin terus menghalang prospek pemulihan pendapatan.

Katanya, potensi rangsangan jualan kepada pelancongan antarabangsa mungkin terkesan dalam masa terdekat kerana mereka sebelum ini menyumbang kira-kira 15% daripada juala pra-pandemik.

"Kami memahami bahawa kumpulan itu masih belum menghadapi sebarang gangguan operasi terhadap perniagaan global The Body Shop selepas melupuskan Natura & Co kepada Aurelius," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Terdahulu, keuntungan kumpulan itu bagi 3QFY23 menyusut sebanyak 77% kepada RM1 juta menjadikan untung bersih bagi 9MFY23 berad pada paras RM6 juta iaitu penurunan 60% dari tahun ke tahun.

Firma penyelidikan itu berkata, hasil kumpulan bagi suku berkenaan juga susut 9% berikutan penurunan jualan berpunca daripada kelamahan perbelanjaan pengguna akibat tekanan inflasi kos di seluruh Malaysia (-5%), Kemboja (-25%) dan Vietnam (-5%).

Dengan campuran produk yang lebih lemah dan kos operasi kedai tetap, keuntungan sebelum cukai kumpulan menurun sebanyak 71% dengan margin yang lebih rendah sebanyak - 11.8ppts dari tahun ke tahun.

"Sentimen pengguna yang lemah dan peningkatan saingan industri kesihatan & kecantikan dijangka menjejaskan jualan manakala peningkatan kos operasi juga boleh menjadi risiko tambahan yang menjejaskan pendapatan kumpulan," katanya.

Maybank IB mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah iaitu 35 sen sesaham.- DagangNews.com