
Apple secara rasmi menghentikan semua bentuk pemprosesan pembayaran App Store dan Apple Media Services di Rusia sejak 1 April 2026. Pembelian baharu, pembelian dalam aplikasi (IAP), dan pembaharuan langganan tidak boleh dibuat kecuali pengguna mempunyai baki dalam Apple Account.

Langkah diambil selepas subsidiari Apple didenda £390,000 oleh kerajaan UK kerana melakukan pembayaran kepada syarikat Rusia. Rusia telah dikenakan sekatan antarabangsa selepas menyerang Ukraine. Dengan Apple tidal memproses pembayaran, pelanggan Apple Music di Rusia tidak lagi boleh melakukan langganan. Pekhidmatan lain yang terjejaas adalah seperti senarai di bawah.
- App Store
- Apple Music
- Apple TV
- Apple Arcade
- Apple Fitness+
- Apple One
- iCloud+
- iTunes Store
- Ringtone & Tone Store
- Langganan Apple Podcasts
Sungguhpun begitu, aplikasi dan kandungan yang telah dibeli masih boleh diakses. Sesetengah aplikasi yang dimiliki mungkin masih boleh dikemas kini. Kepada pelanggan iCloud+ pula, mereka masih boleh menguruskan storan dan memuat turun foto/video iCloud. Data masih boleh diakses walaupun langganan tamat.



