Pengguna MAE Perlu Kemas Kini Aplikasi Sebelum 11 April Untuk Terus Gunakannya – Maybank

LocalTechnology
3 Apr 2026 • 9:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pengguna Maybank diminta untuk mengemas kini aplikasi MAE sebelum 11 April 2026 untuk terus mengakses aplikasi tersebut.

Maybank dalam satu kenyataan di laman webnya berkata pengguna perlu mengemaskini aplikasi MAE ke versi terbaharu (0.9.45).

"Usaha ini adalah untuk melindungi pengalaman perbankan dalam talian anda serta memastikan akses berterusan tanpa gangguan.

"Jika anda sudah menggunakan versi terkini aplikasi MAE, tiada tindakan lanjut diperlukan," katanya.

Cara kemas kini

Untuk mengemas kini aplikasi itu, anda perlu membuka Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Selepas itu masukkan ‘MAE by Maybank2u’ ke dalam carian dan kemas kini aplikasi anda.

Menurut Maybank pengguna tidak boleh mengakses aplikasi MAE selepas 11 April jika tidak mengemas kini aplikasi tersebut.

image is not available

Semak versi aplikasi MAE anda

Jika anda ingin menyemak versi aplikasi tersebut, buka aplikasi MAE anda, tekan ikon gear di bahagian atas sebelah kiri untuk pergi ke ‘Settings’.

Baca juga:

Setelah itu, tatal ke bawah ke bahagian ‘About’ dan semak versi aplikasi MAE anda.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Maybank di 1-300-88-6688 atau emel kepada di mgcc@maybank.com.