“Maybe macam tu joke ok bagi dia” – Baby Shima Perli Siapa Tu?

Entertainment
1 Nov 2023 • 5:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, viral di media sosial satu klip video drama tempatan, Surat Dari Tuhan yang memaparkan Janna Nick mengugut seorang karakter yang dimainkan oleh Sheila Mambo. Dia menyebut makam Rasulullah dan penggambaran tersebut dilakukan berhampiran Masjid Nabawi.

Apa yang membuatkan netizen marah, dialog yang dituturkan oleh pelakon tersebut dianggap melampau sehingga pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun tampil mengkritik drama tersebut.

Dalam pada itu, seorang netizen memuat naik IG Story dan menyatakan pendapatnya mengenai isu ini. Dia juga tag Baby Shima dalam IG Story itu sebelum ia disiarkan semula di IG Story Baby Shima.

image is not available

Individu kaitkan Janna Nick dengan Baby Shima

Dalam IG Story itu, individu tersebut ada menangkap layar satu komen daripada netizen yang menghentam Janna Nick.

Tu la. Kutuk sangat Baby Shima sentuh isu sensitif Palestin untuk viral. Walhal dia sendiri pon lagi teruk. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Mengulas isu tersebut, individu ini juga mengkritik Janna Nick dan back up Baby Shima.

Janna memang macam tu, satu jari menunding pada orang, empat jari lagi berbalik pada diri sendiri. Aku lagi suka Baby Shima, tak pernah kacau artis lain pun. Buat hal dia sendiri je tapi orang yang tak habis-habis kacau dia.

Baby Shima perli Janna Nick?

Baby Shima walau bagaimanapun repost semula IG Story oleh individu itu lalu memuat naik satu status di story selepasnya.

image is not available

Dalam IG Story miliknya ini, Baby Shima seolah-olah kesal kerana pernah ditegur oleh Janna Nick mengenai isu Palestin kerana dianggap tidak sensitif dan mahu mencipta kontroversi.

Tak pelah.. maybe macam tu joke yang ok bagi dia..

Sebelum ini, Baby Shima ada memuat naik satu video dia menggunakan filter ‘I Stand With Israel’. Video tersebut telah mendapat kecaman netizen juga dikritik oleh Janna Nick.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.