MB Negeri Sembilan Kurang Sihat, Terima Rawatan Di Hospital 

LocalPolitics
22 Nov 2026 • 7:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

MB Negeri Sembilan Kurang Sihat, Terima Rawatan Di Hospital 

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dilaporkan kurang sihat dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.

Perkara itu disahkan anaknya, Naim Ismail, seperti dilaporkan Bernama hari ini.

“Ya, benar, (Ismail) kurang sihat,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fasha Musthafa memaklumkan bahawa keadaan Ismail, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, menunjukkan perkembangan positif.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan orang ramai serta memohon agar semua pihak mendoakan kesembuhan dan kesihatan Ismail. - Getaran, 22 November 2026.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved