MB tunai solat Jumaat di Masjid At Taqwa bersama lebih 500 jemaah

21 Apr 2023 • 3:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GOMBAK, 21 APRIL: Dato’ Menteri Besar menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah, di Masjid At Taqwa, Selayang Baru, di sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 1.00 tengah hari.

Beliau turut mendengar khutbah bertajuk ‘Meraih Hasil Tarbiah Ramadan’.

Amirudin selepas itu turut mengambil peluang beramah mesra dan mendekati masyarakat serta bersalaman dengan mereka.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menunaikan solat Jumaat di Masjid At Taqwa, Selayang Baru pada 21 April 2023. Foto Pejabat Menteri Besar