
Oleh Shamz Johan
PETALING JAYA, 21 APRIL: Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid As-Salam, Pangsapuri Petaling Permai, di sini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada jam 1 tengah hari dan diiringi Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri.
Beliau bersama kira-kira 300 jemaah kemudian mendengar khutbah bertajuk ‘Meraih Hasil Tarbiah Ramadan’ disampaikan ketua biro dakwah masjid berkenaan Mohamad Firdaus Mahad.
Selepas solat Jumaat, Anwar sempat meluangkan masa bersalaman dengan jemaah serta bertemu masyarakat setempat sebelum meninggalkan masjid itu kira-kira jam 2.15 petang.

The post PM solat jumaat di Masjid As-Salam, bertemu masyarakat setempat appeared first on Selangorkini.


