MBDK kompaun tiga peniaga tanpa lesen, satu premis timbul kacau ganggu

3 Sep 2026 • 8:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MBDK kompaun tiga peniaga tanpa lesen, satu premis timbul kacau ganggu

SHAH ALAM, 3 SEPT: Tiga peniaga di Pasar Malam Jalan Pelasari, Taman Chi Liung dikenakan kompaun kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen sah dalam operasi penguatkuasaan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Dalam operasi sama di Klang Selatan, Jabatan Pelesenan bersama Jabatan Penguatkuasa MBDK turut mengeluarkan dua notis kepada peniaga yang gagal menyediakan bekas sampah serta memastikan kebersihan kawasan persekitaran.

Sementara itu, operasi di Klang Utara membabitkan pemeriksaan terhadap lima premis yang didapati gagal memperbaharui lesen perniagaan.

Image from: MBDK kompaun tiga peniaga tanpa lesen, satu premis timbul kacau ganggu
Menjalankan perniagaan tanpa lesen, menimbulkan kacau ganggu serta halangan antara kesalahan yang dikesan dalam operasi penguatkuasaan Majlis Bandaraya Diraja Klang pada 3 September 2026. Foto Facebook Majlis Bandaraya Diraja Klang

MBDK berkata, hasil pemeriksaan mendapati hanya satu daripada lima premis terbabit masih beroperasi, manakala empat lagi telah ditutup atau berpindah.

“Pemilik premis yang masih beroperasi turut dikenakan dua kompaun kerana didapati menimbulkan kacau ganggu serta halangan di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Secara keseluruhan, lima kompaun dikenakan terhadap peniaga dan pemilik premis dalam dua operasi berkenaan.

MBDK berkata, operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga mematuhi syarat pelesenan selain menjaga kebersihan dan ketenteraman awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved