MBDK kompaun tiga peniaga tanpa lesen di Kapar

24 Aug 2026 • 3:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MBDK kompaun tiga peniaga tanpa lesen di Kapar

SHAH ALAM, 18 OGOS: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan tiga kompaun terhadap peniaga yang didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen sah dalam operasi pemantauan baru-baru ini.

Operasi oleh Jabatan Pelesenan MBDK itu dijalankan di Pasar Pagi Lintang Dato Tahir 1, Kapar bagi memastikan peniaga mematuhi syarat pelesenan serta peraturan ditetapkan.

MBDK menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan tiga peniaga terbabit dikenakan kompaun selepas didapati beroperasi tanpa lesen sah.

Tindakan diambil mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Penjaja (MPK) 2007.

“Pemantauan dilakukan secara menyeluruh melibatkan 53 petak perniagaan, 50 daripadanya memiliki lesen sah,” menurut kenyataan itu.

Pemeriksaan berkenaan menunjukkan majoriti peniaga di lokasi terbabit mematuhi keperluan pelesenan pihak berkuasa tempatan (PBT).

MBDK turut memaklumkan tiada aktiviti perniagaan melibatkan warga asing dikesan sepanjang operasi berkenaan.

Menurut MBDK, operasi pemantauan bukan sahaja bertujuan memastikan setiap perniagaan memiliki lesen sah daripada PBT.

Pada masa sama, penguatkuasaan itu dilaksanakan bagi menjaga ketenteraman serta keselesaan komuniti setempat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved