MBSA nafi kutipan dana tanah perkuburan Seksyen 21, dakwa hantaran palsu

5 Aug 2026 • 3:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MBSA nafi kutipan dana tanah perkuburan Seksyen 21, dakwa hantaran palsu

SHAH ALAM, 5 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan hantaran tular di Facebook yang mendakwa pihak berkuasa tempatan itu memohon sumbangan dana bagi kerja penyelenggaraan Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini.

MBSA memaklumkan hantaran berkenaan adalah palsu serta tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihaknya.

"MBSA ingin menegaskan bahawa hantaran yang tular di media sosial Facebook berhubung permohonan sumbangan dana bagi kerja penyelenggaraan Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam adalah palsu dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan MBSA," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Menurut kenyataan itu, pengurusan serta penyelenggaraan Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 berada di bawah tanggungjawab Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA.

Jelasnya, jabatan terbabit tidak pernah mengeluarkan sebarang permohonan kutipan sumbangan atau dana awam bagi tujuan penyelenggaraan tanah perkuburan berkenaan.

MBSA turut memandang serius penyalahgunaan nama majlis dan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan serta tindakan lanjut diambil sekiranya wujud unsur penipuan atau salah guna yang boleh mengelirukan masyarakat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, menyemak kesahihan setiap maklumat yang diterima serta merujuk saluran komunikasi rasmi MBSA untuk mendapatkan informasi yang tepat dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved