MBSJ tunda kenderaan buruk sekitar bengkel di Puchong

15 Aug 2026 • 5:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MBSJ tunda kenderaan buruk sekitar bengkel di Puchong

SHAH ALAM, 15 OGOS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan buruk yang dibiarkan di kawasan bengkel sekitar Jalan TPP 1, Taman Perindustrian, Puchong.

Tindakan itu dilaksanakan susulan aduan awam berkaitan kenderaan terbabit yang ditinggalkan di kawasan berkenaan.

MBSJ memaklumkan tindakan penguatkuasaan termasuk mengeluarkan notis amaran serta menunda kenderaan yang didapati melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan.

"Kenderaan yang ditunda dibawa ke Depoh MBSJ untuk tindakan lanjut. Pemilik kenderaan yang menerima notis amaran diminta segera mengalihkan kenderaan masing-masing ke lokasi yang dibenarkan.

"Langkah itu perlu dilaksanakan bagi mengelakkan pemilik berdepan tindakan penguatkuasaan," kata MBSJ menerusi kenyataan di Facebook.

MBSJ turut mengingatkan pemilik bengkel supaya tidak membiarkan kenderaan buruk di kawasan premis sehingga menjejaskan keadaan persekitaran.

“Kenderaan buruk di kawasan premis boleh menjejaskan kebersihan, keselamatan dan keadaan persekitaran serta berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes,” menurut MBSJ.

Justeru, kerjasama semua pihak diperlukan bagi memastikan kawasan di bawah pentadbiran MBSJ sentiasa berada dalam keadaan baik.

Kerjasama itu juga penting bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih, teratur dan kondusif.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved