MPSepang tunda dua kenderaan buruk dalam operasi penguatkuasaan

29 Jul 2026 • 9:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MPSepang tunda dua kenderaan buruk dalam operasi penguatkuasaan

SHAH ALAM, 29 JULAI: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menunda dua kenderaan buruk yang ditinggalkan di kawasan awam menerusi operasi penguatkuasaan di sekitar Puchong dan Cyberjaya pada 23 Julai lalu.

MPSepang dalam kenyataan memaklumkan operasi itu dijalankan di Jalan Meranti Jaya 16, Puchong Meranti Jaya serta Persiaran Semarak Api (Lake Front), Cyberjaya.

Menurutnya, anggota penguat kuasa daripada Unit Kenderaan Buruk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan terhadap kenderaan terbiar yang berpotensi menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya serta keselesaan penduduk.

"Tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Seksyen 46(1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang melarang mana-mana pihak meletakkan atau menyebabkan diletakkan kereta buruk, bahan buangan atau barangan lain di tempat awam," menurut kenyataan itu.

MPSepang menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan kenderaan buruk atau terbiar di kawasan awam, sebaliknya melupuskannya mengikut prosedur yang ditetapkan.

Katanya, operasi pemantauan dan penguatkuasaan akan dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan awam sentiasa bersih, selamat dan teratur.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved