
Seorang individu berkongsi rasa tidak percaya dan sedih gara-gara majikannya menolak sijil cuti sakit yang diberikan hospital kerajaan kepada dirinya.
Dalam perkongsian itu, majikan individu itu cuba mencari kepastian sama ada pekerjanya itu tidak boleh kerja langsung atau sebaliknya.

Sampai tiga hari MC, memang tak boleh nak kerja langsung atau macam mana?
Individu itu kemudian membalas pertanyaan majikannya dan memaklumkan tempoh cuti selama tiga hari itu diberikan doktor dan turut menghantar gambar sijil cuti sakit yang sah.
Saya tak requesst pun cuti sakit, doktor sendiri bagi.
Lebih mengejutkan, majikannya juga telah memotong gaji individu itu gara-gara hal berkenaan.
Perkongsian itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.
Netizen tampil mempertikai tindakan majikan yang sewenang-wenangnya memotong gaji pekerja sedangkan sijil cuti sakit yang diberikan sah dari segi undang-undang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Organ Dalaman Mesti Bersih, Iklan Tawaran Kerja Kosong Di Kemboja Ini Raih Perhatian Ramai
The post ‘MC’ Hospital Kerajaan Dianggap Tak Laku, Wanita Kecewa Majikan Potong Gaji Selama 3 Hari – “Saya Tak Minta, Doktor Yang Bagi” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



