Mencelah ketika bercakap, Mamat kena ‘sound’ dengan Syamsul Debat – “Perangai tak cerdik”

EntertainmentLifestyle
22 May 2025 • 2:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Mencelah ketika bercakap

Pelawak Mamat Sepah mendapat perhatian ramai gara-gara mencelah kata-kata pendakwah bebas, Ustaz Syamsul Debat ketika mengendalikan salah satu episode untuk Dol Podcast.

Menerusi potongan video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di platform X, tindakan Mamat atau lengkapnya Mohd Noor Murad itu secara tidak langsung mengundang rasa tidak puas hati ramai.

Mencelah ketika bercakap

image is not available

Dalam perkongsian itu, Syamsul sedang menerangkan sesuatu perkara, namun belum sempat menghabiskan ayatnya Mamat secara spontan mencelah kata-katanya.

“Selepas dua minggu saya dapat naik,” kongsi Syamsul.

“Pengetua.. Pengetua,” celah Mamat.

“Perangai yang tak cerdik ni jangan tunjuk dekat orang, daripada tadi saya menahan,” kata Syamsul dalam nada seloroh.

Mencelah ketika bercakap

image is not available

Kalau aku jadi Mamat, memang malu betul!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap perbuatan Mamat itu tidak sopan kerana dia sepatutnya memberi ruang kepada pendakwah tersebut untuk berkongsi sesuatu isu tanpa sebarang gangguan.

image is not available image is not available

Netizen setuju Syamsul tegur Mamat

Dalam pada itu, ramai bersetuju tindakan Syamsul menegur sikap Mamat dan berharap orang ramai boleh mengambil pengajaran supaya lebih menghormati orang lain.

image is not available

Sumber: X @MDzulhisyam9