MCA bertanding tiga kerusi, tambahan Bandar Hilir

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 6:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MCA bertanding tiga kerusi, tambahan Bandar Hilir

KUALA LUMPUR: MCA diberikan tambahan satu kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini, menjadikan parti itu bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kerusi yang diperuntukkan oleh Barisan Nasional (BN) kepada MCA adalah DUN Bandar Hilir, selain Machap Jaya dan Klebang.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, keputusan itu dimuktamadkan oleh kepemimpinan tertinggi BN bersama Perikatan Nasional (PN).

Perkembangan itu menyaksikan PN hanya diperuntukkan enam kerusi berbanding tujuh kerusi yang dijanjikan BN sebelum ini.

Sementara itu, BN secara rasmi akan bertanding di 22 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN.

Semalam, MCA akur dengan dua calon bagi kerusi DUN Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem dan Klebang, Datuk Lim Ban Hong.- UTUSAN

The post MCA bertanding tiga kerusi, tambahan Bandar Hilir appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved