PRN Melaka: BN pastikan ada wakil semua kaum - Ahmad Zahid

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 12:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: BN pastikan ada wakil semua kaum - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid

MELAKA – Keputusan MCA untuk bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberi peluang kepada parti itu mewakili masyarakat setempat, sekali gus memastikan BN mewakili pelbagai kaum.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dicapai selepas MCA mengadakan mesyuarat kepimpinan tertinggi parti berkenaan.

Menurutnya, BN mahu memastikan semua kaum dan golongan masyarakat di Melaka mempunyai ruang untuk diwakili pada peringkat kepimpinan negeri.

“Ertinya, kita memberikan keyakinan kepada para pengundi bahawa BN tetap menyantuni pelbagai kaum dan golongan masyarakat.

“Kita yakin kemajmukan di Melaka khususnya penting untuk memperlihatkan keseimbangan representasi mereka pada peringkat kepimpinan dan politik negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pengisytiharan Agihan Keuntungan Interim 2/2026 Projek-projek Peserta FELCRA Berhad di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini pada Khamis.

Terdahulu, Zahid memaklumkan bahawa persetujuan telah dicapai dengan MCA untuk parti itu terus bertanding di dua kerusi DUN pada PRN Melaka kali ini.

Sebelum ini, timbul perselisihan pendapat berhubung pengagihan kerusi PRN Melaka sehingga menyebabkan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong keluar dewan ketika hari pengumuman calon BN di MITC pada Sabtu lalu.

Perkara itu kemudian diselesaikan menerusi rundingan antara Ka Siong; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang menunjukkan perkembangan positif.

Perkembangan itu disusuli kehadiran dua calon MCA, Datuk Lim Ban Hong yang akan bertanding di DUN Klebang dan Datuk Ngwe Hee Sem (Machap Jaya), pada majlis penyerahan watikah calon PRN Melaka secara tertutup di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada Rabu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved