PRN Melaka: PN umum bertanding enam kerusi

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 11:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PRN Melaka: PN umum bertanding enam kerusi
Perikatan Nasional (PN) secara rasmi mengumumkan akan bertanding di enam daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang akan berlangsung pada 14 November ini.

MELAKA - Perikatan Nasional (PN) secara rasmi mengumumkan akan bertanding di enam daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang akan berlangsung pada 14 November ini.

Pengumuman calon itu dibuat oleh Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pengisytiharan Calon PRN Negeri Sembilan, di Dewan Muallim Haji Abdul Wahid, Bukit Katil di sini.

Bagaimanapun beliau hanya mengumumkan lima calon sahaja dan seorang lagi akan diumumkan kemudian.

Untuk pembahagian kerusi, Pas dan Parti Wawasan Negara(Wawasan) bertanding dua kerusi dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia(Gerakan) bertanding satu kerusi.

Berikut adalah senarai calon PN yang diumumkan:

Pas:

Paya Rumput- Rafie Ahmad

Bukit Katil - Mohd Ridzuan Sarif

WAWASAN:

Kesidang - Albert Kok

Bemban - Dr Mohd Yadzil Yaakub

GERAKAN

Ayer Keroh - Datuk Seri Michael Gan

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved