MCCA Minta Kerajaan Kaji Semula Kontrak 24 Bulan Bersama Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

TechnologyDigital
31 Mar 2023 • 5:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap

Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), kini menyatakan pendapat meminta kerajaan untuk mengkaji semula keperluan kontrak 24 bulan bersama-sama Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang dilancarkan baru-baru ini.

Dibawah Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap, pelan internet berkelajuan 30Mbps ditawarkan pada harga langganan RM69 sebulan. Namun, syarikat telekomunikasi memerlukan pengguna melanggan ia dibawah kontrak selama 24 bulan.

image is not available

Presiden MCCA menyatakan sepatutnya tidak perlu ada kontrak kerana ia memberikan tanggapan kapitalisme. Kontrak juga akan dikatakan akan mengikat pengguna dan beri rasa kurang selesa.

Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan yang mana pengguna berhak menyuarakan aduan atau rasa tidak puas hati, tetapi perlu dibuat menerusi saluran yang betul dan mengambil kira banyak faktor.