McDonald’s sumbang RM50,000 bangunkan sepak takraw

13 Oct 2026 • 6:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: McDonald’s sumbang RM50,000 bangunkan sepak takraw

KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad sepak takraw negara meraih pingat emas pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 membuka ruang kepada pembangunan bakat baharu apabila McDonald’s Malaysia menyalurkan sumbangan RM50,000 kepada Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, kejayaan skuad senior negara bukan sahaja membanggakan rakyat Malaysia, malah mampu menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi sukan berkenaan.

“Seluruh skuad telah memberikan rakyat Malaysia satu detik yang amat membanggakan, hasil bertahun-tahun latihan, pengorbanan dan semangat berpasukan, selain sokongan berterusan keluarga, jurulatih serta pihak pengurusan,” kata Azmir selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pembangunan Sepak Takraw Malaysia di McDonald’s Pandu Lalu Titiwangsa, hari ini.

Azmir berkata, sumbangan itu menunaikan komitmen yang dibuat sebelum ini, selain diharap dapat membantu PSM memperluaskan usaha mencungkil dan membimbing lebih ramai pemain muda ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, ketua jurulatih sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun menyifatkan sokongan sektor swasta sebagai pemangkin penting untuk memperkukuh pembangunan sukan berkenaan serta meningkatkan daya saing skuad negara.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada McDonald’s Malaysia atas sumbangan untuk program pembangunan PSM, yang menunjukkan sokongan pihak swasta terhadap usaha menjadikan sepak takraw lebih berdaya saing,” katanya.

Beliau berharap kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan PSM dapat diteruskan secara berterusan bagi memastikan pembangunan sepak takraw berjalan lancar serta membantu sukan itu mencapai sasaran yang ditetapkan. – UTUSAN

The post McDonald’s sumbang RM50,000 bangunkan sepak takraw appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved