PSM mula susun strategi buru emas Sukan SEA 2027

13 Oct 2026 • 5:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: PSM mula susun strategi buru emas Sukan SEA 2027
Ahmad Jais.

PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) sudah memulakan perancangan awal bagi membentuk skuad kebangsaan yang lebih berdaya saing dalam usaha memburu kejayaan pada Sukan SEA 2027 di laman sendiri.

Ketua jurulatih kebangsaan, Ahmad Jais Baharun berkata, seramai 21 pemain akan dikekalkan selain enam pemain pelapis diserap dalam skuad kebangsaan bagi tahun depan namun senarai akhir pemain masih dalam proses penilaian.

Beliau berkata, pemilihan pemain akan mengambil kira prestasi semasa di peringkat antarabangsa serta saingan liga domestik sekali gus membuka peluang kepada perubahan dalam senarai sedia ada.

“Tidak mustahil akan berlaku pertukaran pemain dalam program kebangsaan, selain penambahan enam pemain menerusi program pelapis kebangsaan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Kita akan menyertai kesemua acara yang dipertandingkan iaitu berpasukan, regu, beregu dan kuadran. Ini memerlukan ramai pemain berpotensi untuk dibawa ke dalam skuad kebangsaan," katanya.

Menurut Ahmad Jais, langkah itu penting bagi memastikan Malaysia memiliki kumpulan pemain yang mencukupi dan berkualiti untuk menghadapi cabaran Sukan SEA 2027.

Justeru, beliau berharap semua pemain memberikan komitmen terbaik dan sentiasa bersedia merebut tempat dalam skuad kebangsaan menjelang temasya dwitahunan berkenaan.

“Saya harap semua pemain bersedia kerana kita mahu membentuk pasukan yang benar-benar kompetitif bagi menghadapi Sukan SEA 2027,” katanya.

Sebelum ini, PSM juga telah menyasarkan untuk meraih sebanyak mungkin pingat emas dalam acara sepak takraw lelaki pada Sukan SEA tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved