“Mcm apam balik” – Pakai Topi Besar, Topi Daiyan Trisha Jadi Buah Mulut Netizen

Entertainment
16 Oct 2022 • 11:18 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sesiapa yang pergi ke pantai, pasti tahu panas dan bahang di pantai macam mana kan. Sebab itu, selain sunblock, topi pun antara aksesori penting untuk turun ke pantai.

Pelakon cantik molek, Daiyan Trisha sekali lagi menjadi buah mulut netizen. Ini terjadi selepas pelakon dan model berusia 29 tahun itu tampil dengan topi bersaiz gergasi di tepi pantai di Langkawi, Kedah. Korang boleh tengok gambar tepi pantai yang dimuatnaik sendiri oleh beliau di akaun Instagram @daiyantrisha

 

Macam apam balik

Rata-rata netizen meninggalkan komen gurauan selepas melihat topi gergasi yang dipakai oleh Daiyan Trisha. Macam-macam idea keluar dari netizen yang sangat kreatif dan menghiburkan.

image is not availableSekali pandang memang nampak unik. Lepas tu otak kita mulalah proses macam-macam. Antaranya, topi besar tu nampak macam apam balik lah pulak.

image is not availableBetul gak, nampak macam tosai pun ada. Tinggal nak cari kuah je buat cicah.

image is not availableKomen yang ini buat min terhibur. Besarnya topi yang Daiyan pakai tu sebesar harapan ibu ayah kepadaku.

image is not availableRasanya kalau topi besar macam tu, bukan seorang je yang pakai. Mungkin boleh muat dua ke tiga orang lagi berteduh sekali bawah tu.

image is not availableKalau topi biasa setakat rasa nak terbang je kalau kena angin kuat. Topi besar macam ni entah lah mungkin boleh tercabut kepada sekali kan kalau kena tiup angin pantai.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.