“Mcm budak intern” – Netizen Tumpang ‘Troll’ Lepas Tengok Lelaki Ini Tengking Ah Long

Entertainment
31 Jul 2022 • 1:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila sebut pasal duit, kita seboleh-bolehnya nak elak berurusan dengan lintah darat atau lebih dikenali sebagai Ah Long. Bukan apa, banyak kita dengar kes loan sharks ni yang kenakan bunga melebihi jumlah yang dipinjam dan sangat tak masuk akal.

Satu video tular di media sosial dimana seorang lelaki telah menengking seorang Ah Long yang terjah rumah orang. korang boleh tengok video @AmanSha33579804 kat bawah ni.

 

Macam budak intern

Netizen walau bagaimanapun lebih tertarik dengan penampilan Ah Long dalam video ini. Rata-rata yang memberi komen mengatakan Ah Long itu nampak macam seorang pekerja pratikal ataupun intern.

image is not available

Mungkin sebab kita banyak tengok filem-filem gangster dan boleh agak Ah Long ni macam mana rupanya. Tapi dalam video kat atas ni macam… hmmm.

image is not available

Bukan setakat industri profesional yang ada masalah ketiadaan pekerja, sektor Ah Long pun turut terjejas sekali. Itu pasal hantar staff macam tu terjah rumah orang.

image is not available

Mungkin dia tolong ganti orang lain yang tiba-tiba MC hari tu. Sepatutnya dia admin je, tiba-tiba kena join terjah rumah orang pulak.

image is not available

Netizen ni kalau bab troll memang tak bagi peluang langsung. Ada-ada je kreativiti nak bagi komen, min baca pun terhibur.

Min nak pesan sikit, apa pun masalah kewangan yang melanda, kalau boleh jangan pinjam duit dari Ah Long ye.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.