MCMC rakam percakapan individu disyaki hina institusi diraja Negeri Sembilan

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 5:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: MCMC rakam percakapan individu disyaki hina institusi diraja Negeri Sembilan
MCMC merakam percakapan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kandungan di Facebook, yang disyaki mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja Negeri Sembilan - Foto hiasan

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kandungan di Facebook, yang disyaki mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja Negeri Sembilan.

MCMC menerusi kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

"Individu yang dipercayai mengendalikan akaun tersebut hadir ke Balai Polis Cyberjaya hari ini bagi membantu siasatan. Satu unit telefon bimbit dan satu kad sim telah disita," menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC, siasatan sedang dilaksanakan berkaitan kandungan dimuat naik menerusi akaun Facebook "Che GuBard” yang disyaki mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja Negeri Sembilan, selain menyentuh mengenai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan kerabat diraja negeri itu.

MCMC menyatakan pihaknya memandang serius sebarang penggunaan platform dalam talian yang boleh mencetuskan kebencian, penghinaan atau rasa tidak hormat terhadap institusi diraja.

"Kebebasan bersuara hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab serta selaras dengan undang-undang negara. Sebarang tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan proses perundangan yang berkuat kuasa," menurut MCMC. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved