MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 12:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan menerima aduan berhubung satu kandungan jelik melampau berunsur 3R (agama, raja dan kaum) yang menghina agama Islam di platform Facebook.

MCMC dalam kenyataan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan platform komunikasi yang melanggar undang-undang.

Menurut kenyataan itu, MCMC turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia serta bersedia memberikan bantuan teknikal dan kepakaran digital bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan jika diperlukan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“MCMC memandang serius penyebaran kandungan jelik melampau berkaitan agama kerana perbuatan sedemikian berpotensi mencetuskan kebencian, menjejaskan perpaduan masyarakat sekali gus menggugat keharmonian antara kaum di negara ini,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, MCMC mengingatkan orang ramai supaya menggunakan platform media sosial secara bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang sedia ada.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan berbentuk penghinaan, hasutan atau jelik melampau, khususnya yang melibatkan isu agama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved