MCMC siasat video AI manipulasi Tun Mahathir ketika berduka

LocalTechnology
2 Oct 2026 • 2:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MCMC siasat video AI manipulasi Tun Mahathir ketika berduka

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang dipercayai menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi memanipulasi rakaman Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berduka atas pemergian isterinya, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata, penggunaan teknologi untuk memanipulasi rakaman sebenar sehingga mengelirukan orang ramai, memesongkan konteks sesuatu peristiwa atau menjejaskan maruah individu dan keluarga tidak wajar dipandang ringan.

Menurutnya, perkara itu lebih membimbangkan apabila melibatkan detik kehilangan dan kedukaan seseorang.

“MCMC telah berhubung dengan platform media sosial berkaitan dan sedang meneliti kandungan tersebut. Sekiranya hasil penelitian mendapati adanya pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya boleh diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” katanya hari ini.

MCMC turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menghasilkan, memuat naik atau menyebarkan kandungan yang dimanipulasi sehingga boleh mengelirukan orang ramai atau menjejaskan pihak lain.

Orang ramai juga digalakkan menyemak kesahihan sesuatu kandungan sebelum berkongsi selain melaporkan kandungan yang disyaki telah dimanipulasi kepada platform atau pihak berkuasa berkaitan.

“Meskipun kemajuan AI membuka banyak manfaat kepada masyarakat, penggunaannya perlu disertai tanggungjawab.

“Teknologi tidak seharusnya digunakan untuk memutarbelitkan kebenaran atau mengeksploitasi kesedihan seseorang sehingga mengorbankan maruah dan nilai kemanusiaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post MCMC siasat video AI manipulasi Tun Mahathir ketika berduka appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved