MDEC sasar peluang eksport RM150 juta melalui acara Level Up KL 2025

GamingBusiness & Finance
7 Oct 2025 • 3:51 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MDEC sasar peluang eksport RM150 juta melalui acara Level Up KL 2025

image is not available

07/10/2025 - 15:51

KUALA LUMPUR 7 Okt – Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menyasarkan potensi eksport bernilai RM150 juta menerusi penganjuran Level Up KL 2025, persidangan pembangun permainan digital terkemuka di Asia Tenggara.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, acara yang berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober itu dijangka dapat mengaturkan 350 pertemuan perniagaan serta menampilkan 70 pempamer dari seluruh dunia.

Beliau berkata lebih daripada 2,500 peserta dari lebih 20 negara termasuk Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Brazil, Indonesia, Filipina dan Arab Saudi menyertai acara tersebut.

“Infrastruktur digital negara kita sedang berkembang pesat. Dengan liputan 5G di seluruh negara, para pembangun kini mempunyai akses kepada persekitaran berkelajuan tinggi yang diperlukan bagi permainan berasaskan awan (cloud-based) serta masa nyata.

“Perkembangan ini membuka sempadan baharu kepada pengalaman permainan yang lebih imersif dan bersifat sosial,” katanya ketika merasmikan acara itu hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa infrastruktur sahaja tidak mencukupi dan perlu dipadankan dengan bakat tempatan serta dasar yang menyokong pertumbuhan industri tersebut.

Katanya, kerajaan melalui MDEC telah memperkenalkan beberapa program insentif bernilai RM15 juta bagi memperkukuh kandungan digital tempatan seperti permainan, animasi dan teknologi kreatif.

“Semua langkah ini untuk membantu studio tempatan menghasilkan harta intelek (IP) asli serta meningkatkan keupayaan pengeluaran agar mampu bersaing di peringkat global.

“Antara inisiatif tersebut ialah Program Digital Games Testbed dengan peruntukan RM3.5 juta bagi membantu studio permainan Malaysia mencipta genre baharu dan bekerjasama dengan rakan antarabangsa.

“Program ini memberi tumpuan kepada inovasi, penerbitan bersama dan perkongsian pengetahuan untuk mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi pembangunan permainan digital,” katanya. - BERNAMA

standard