Media Indonesia Dikecam Lepas ‘Claim’ Belia Malaysia Suka Cakap Bahasa Indonesia?

Entertainment
22 Sep 2023 • 1:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh baru-baru ini apabila terdapat sebuah lagu kanak-kanak Malaysia, ‘Hello, Kuala Lumpur’ dikatakan menciplak lagu yang berasal dari Indonesia berjudul ‘Halo-halo Bandung’.

Meskipun banyak pertikaian berkenaan asal-usul lagu tersebut, ianya menjadi satu perbalahan antara dua negara ini dek kerana isu berkenaan.

Terbaru, CNN Indonesia mengeluarkan sebuah artikel yang mendakwa anak muda Malaysia lebih suka menggunakan slang atau loghat Indonesia berbanding Bahasa Malaysia sendiri.

Menurut artikel tersebut, dikatakan anak muda atau belia Malaysia lebih cenderung menggunakan Bahasa Indonesia dalam permainan online seperti Mobile Legends atau di media sosial kerana ianya lebih ‘terasa’ atau dalam kata lain lebih feel.

Pun begitu, ternyata dakwaan itu bercanggah dan kenyataan itu dibidas hebat oleh netizen di X, rata-rata mengatakan ianya adalah sesuatu yang tidak benar.

image is not available

Selain itu, sebuah ciapan mendakwa berita sebegini sengaja dikeluarkan kerana ingin mengalihkan perhatian rakyat Indonesia berkenaan isu-isu yang lebih serius yang kini berlaku di negara itu.

image is not available

Bukan itu sahaja, artikel berkenaan turut menyatakan penggunaan loghat Indonesia dalam kalangan rakyat Malaysia itu dilihat sebagai satu fenomena.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.