Media Mulia rombak semula model perniagaan menghadapi perubahan besar industri media

LocalBusiness & Finance
2 Nov 2026 • 8:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Media Mulia rombak semula model perniagaan menghadapi perubahan besar industri media

1. Media Mulia Sdn. Bhd. sedang melaksanakan penilaian strategik terhadap model perniagaan, struktur operasi dan hala tuju syarikat bagi memastikan kelangsungan serta kemampanan perniagaan dalam menghadapi cabaran industri media.

2. Langkah ini diambil susulan perubahan landskap industri media yang lebih memberi tumpuan kepada platform digital. Pada masa sama, syarikat tetap komited meneruskan penerbitan akhbar bercetak untuk pembaca yang masih setia mengikutinya.

3. Langkah rasionalisasi ini akan melibatkan hampir 100 kakitangan dalam Program Cuti Berbayar (Paid Leave Programme).

4. Program ini bertujuan menilai semula keperluan operasi, penggunaan sumber manusia dan keupayaan syarikat untuk memberi penekanan kepada kan­dungan digital, platform penyam­paian berita yang lebih berkualiti dan efektif serta kemampanan perniagaan syarikat untuk masa hadapan.

5. Media Mulia ingin me­negaskan bahawa langkah rasionalisasi ini akan terus mengekalkan identiti dan legasi jenama Utusan Malaysia serta Kosmo!. Keunikan kandungan, identiti editorial, pendekatan pemberitaan dan kredibiliti kedua-dua jenama ini akan terus dipelihara.

6. Pengurusan sedia ada telah menyelamatkan kedua-dua jenama ini setelah pemilik terdahulu menamatkan operasi pada 2019.

7. Justeru, penyesuaian strategik perlu demi memastikan kelangsungan kedua-dua je­nama dan organisasi ini supaya tidak berulang nasib sama seperti sebelumnya.

8. Syarikat tetap komited menjaga kebajikan serta hak kakitangan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

9. Langkah transformasi ini perlu dilaksanakan bagi menjamin masa depan je­nama Utusan Malaysia dan Kosmo!.

10. Fokus akan terus diberikan dalam menghasilkan konten editorial yang lebih berkualiti, berwibawa dan dipercayai.

Abd. Wahid Idris
Pengarah/Ketua
Pegawai Kewangan
Media Mulia Sdn. Bhd.

The post Media Mulia rombak semula model perniagaan menghadapi perubahan besar industri media appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved