Media perluas mesej kenegaraan, perpaduan dan patriotisme – Japen

18 Aug 2026 • 5:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Media perluas mesej kenegaraan, perpaduan dan patriotisme – Japen

PETALING JAYA – Jabatan Penerangan (Japen) terus memperkukuh hubungan strategik dengan organisasi media menerusi program Singgah Media Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) Japen, Rubaayah Osman berkata, ia bertujuan memperluas mesej kenegaraan, perpaduan dan patriotisme kepada masyarakat khususnya menerusi platform media sosial.

Beliau berkata, pendekatan itu penting dalam memastikan semangat cintakan negara bukan hanya diraikan ketika sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, sebaliknya perlu diterap sepanjang masa.

“Kita yakin media mempunyai pengikut yang ramai dan dapat menyebarluaskan maklumat berkaitan kenegaraan, perpaduan dan patriotisme.

“Sama-sama kita tanamkan semangat terutamanya dalam kalangan generasi muda untuk memberikan sokongan dengan terus menghibarkan Jalur Gemilang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melaksanakan program Singgah Media Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di ibu pejabat Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) di Petaling Jaya, hari ini.

Image from: Media perluas mesej kenegaraan, perpaduan dan patriotisme – Japen

Rubaayah (lima kiri) menyampaikan kit Jalur Gemilang kepada Abd Wahid pada Program Singgah Media Merdeka oleh Japen sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di pejabat Media Mulia hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN / KOSMO!

Hadir sama, Pengarah/Ketua Pegawai Kewangan Media Mulia, Abd Wahid Idris, Pengarah/Pengurus Besar Digital & Informasi Media Mulia, Siti Rohaya Hassan serta Ketua Pegawai Komersial, Shereen Wong, Ketua Pengarah Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Aznan Bakar dan Pengarah KOSMO!/KOSMO! Ahad, Ismail Daud.

Rubaayah berkata, Media Mulia menjadi lokasi ketujuh daripada lapan organisasi media yang terlibat.

“Kita nampak sambutannya sangat baik. Kerjasama rakan-rakan media sangat menggalakkan. Jadi untuk tahun akan datang, mungkin kita akan luaskan lagi lokasi,” ujarnya.

Sementara itu, Abd Wahid berkata, Media Mulia berbangga dapat terlibat sebagai satu daripada lapan media dalam kerjasama dengan Japen untuk mempromosi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

“Kami akan memberi kerjasama yang bagus untuk memastikan semua objektif kempen Japen pada tahun ini sampai sasaran menerusi platform kami seperti YouTube, media sosial serta media cetak.

“Dalam masa sama, kita sudah memulakan konten-konten berkaitan bermula hari ini sehinggalah Hari Malaysia. Kami juga akan mendapatkan konten daripada Japen serta mencari konten kami sendiri untuk mencapai objektif tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Media perluas mesej kenegaraan, perpaduan dan patriotisme – Japen appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved