Meerqeen kongsi kriteria wanita idaman -“Tinggi, kelakar & tak pakai make up..”

30 May 2024 • 5:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon meningkat naik, Meerqeen kongsi kriteri wanita idaman menrusi satu temu bual bersama salah satu radio tempatan, Era FM Sarawak, baru-baru ini.

Pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam berkata, kriteria yang ada pada mana-mana wanita boleh memikat hatinya, sekali gus membuatkan diri jatuh cinta.

image is not available

Masih single, fokus kerjaya

Akui aktor berusia 22 tahun, dirinya masih tiada teman wanita kerana mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya seni.

Jelas Meerqeen, kesibukan dalam kerjaya membuatkan dia memilih untuk tidak mempunyai teman istimewa kerana kasihan akan wanita itu.

“Single but not available sebab saya tengah fokus kerja. Nanti kesian lah kalau ada teman wanita macam mana nak komited dengan dia,”kata Meerqeen.

image is not available

Meerqeen kongsi kriteria wanita idaman

Disoal mengenai kriteria wanita idaman, Meerqeen yang terkenal dengan drama Melur Untuk Firdaus menyenaraikan beberapa ciri-ciri dari segi fizikal dan personaliti yang disukai.

Kongsi Meerqeen, wanita tersebut semestinya tinggi, kelakar, tidak memakai alat solek dan hormat akan ibu bapanya.

“Saya ada banyak. Saya suka perempuan tinggi, fox eyes, tak pakai make up sangat. Bergantung kepada masa itu. Kalau ada acara awak boleh pakai make up tapi saya lebih suka barefaced.
“Lepas itu saya suka orang yang hormat mak bapa saya. Boleh masuk kepala, kelakar dan yang seronok untuk berborak,”ujarnya.

image is not available

Pujuk diri sendiri kalau merajuk

Meerqeen turut mendedahkan dia seorang yang memerlukan masa bersendirian sekiranya merajuk dengan pasangan.

“Tapi saya kalau merajuk, saya takkan cakap saya bagi silent treatment. Saya akan pujuk diri sendiri,”dedahnya lagi.

@erasarawak

E-Jodoh special bersama @dhirahsaini aritok tek kita ada the one and only @Meerqeen in the studio !! • #ERAsarawak

♬ original sound – ERA Sarawak – ERA Sarawak

Sumber: TikTok @erasarawak