Meerqeen Suka Karaoke, Mierul Aiman Ditahan Peminat, Sharifah Sakinah Hantu Paling Slay! Ini Antara Perkara Menarik Di Acara Hello Putrajaya

25 Jun 2024 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Astro terus membawakan pengalaman baharu untuk lebih dekat kepada pelanggan menerusi Jelajah Hello di seluruh di bandar di Malaysia.
 
Siri Jelajah Hello itu juga telah berlangsung dengan meriah di pusat beli-belah IOI Citymall, Putrajaya dengan begitu meriah pada Sabtu.
 
Menerusi acara yang diadakan di Astro Experience Store, pengunjung yang hadir juga dapat beramah mesra dengan barisan artis seperti Meerqeen, Erysha Emyra, Hariz Hamdan, Sharifah Sakinah, Mierul Aiman dan Kimberly Chua.
 
Selain itu, pengunjung yang hadir bukan sahaja dapat menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan yang diinspirasikan daripada rancangan popular Astro tetapi juga dapat menikmati tawaran kandungan Astro yang meluas dan produk terkini Astro seperti Ultra Box, Astro Fibre dan Astro GO secara langsung.
 
Acara ini juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian selebriti daripada The Hardest Singing Show iaitu Ayda Jebat, Aisha Retno dan Aepul Roza.
 
Acara ini diikuti oleh acara Hello Kedah! di Alor Setar pada 5 Julai dan Hello Penang! pada 13 Julai. 
 

Ini antara perkara menarik berlaku sepanjang acara berlangsung:

image is not available











image is not available