Mekanik didakwa edar hampir 75kg dadah

23 Jul 2026 • 4:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Mekanik didakwa edar hampir 75kg dadah

TAWAU: Seorang mekanik warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu atas pertuduhan mengedar hampir 75 kilogram (kg) jenis metamfetamina minggu lalu.

Sopian Mustafa, 40, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes terbabit di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan parkir sebuah bangunan di Jalan Tun Hamdan Tawau sekitar jam 10.30 malam, 12 Julai lalu mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sopian berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kes berkenaan tidak boleh dijamin dan menetapkan 20 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Nur Intan Jamrin manakala Sopian diwakili peguam Prem Elmer Ganasan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved