Mekanik direman bantu siasatan kes bayi disimpan dalam lokar asrama

28 Sep 2026 • 6:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Mekanik direman bantu siasatan kes bayi disimpan dalam lokar asrama

DUNGUN, 28 SEPT: Seorang mekanik direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun dipercayai menyembunyikan kelahiran bayi lelakinya di sebuah asrama institusi pendidikan di sini pada 9 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ng Yan Ni bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata mekanik berusia 24 tahun dari Kuala Terengganu itu, yang dipercayai teman lelaki pelajar berkenaan, ditahan di Jalan Pantai Teluk Lipat dekat sini pada 3 petang semalam.

Nik Ab Halim berkata pelajar perempuan itu pula ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun pada 6 petang semalam namun diberi jaminan polis atas faktor kesihatan.

"Siasatan awal mendapati pelajar itu melahirkan bayi di dalam tandas asrama perempuan institusi pendidikan berkenaan kira-kira 5 petang pada 9 Sept tanpa mengetahui dirinya mengandung," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pelajar perempuan itu menyimpan mayat bayi berkenaan, yang dipercayai meninggal dunia sejurus dilahirkan, di dalam lokar miliknya tanpa pengetahuan rakan sebilik.

Nib Ab Halim berkata pelajar itu disyaki turut memaklumkan kejadian tersebut kepada teman lelakinya untuk mendapatkan bantuan menguruskan pengebumian bayi berkenaan secara senyap.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved