Mekyun Jumpa 'Kembar', Siap Cuba Pakai Tudung

22 May 2026 • 4:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Mekyun Jumpa 'Kembar', Siap Cuba Pakai Tudung

Mekyun Jumpa 'Kembar', Siap Cuba Pakai Tudung

Kata orang, dekat dunia ini kita ada tujuh 'pelanduk dua serupa' atau wajah seiras.

Walaupun tiada kajian saintifik yang kukuh berkait dengan perkara itu, namun kadang kala ada juga yang berjaya bertemu dengan 'kembar' mereka.

Baru-baru ini, personaliti media sosial, Wee Yun Nee atau lebih dikenali sebagai Mekyun, 29, berkongsi satu video yang memperlihatkannya bertemu dengan seorang wanita yang seiras dengannya.

Baca juga:

Sebelum ini, tular satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @daddyichaa, yang memaparkan seorang jururawat, salin tak tumpah seperti Mekyun.

Justeru, Mekyun membuat keputusan untuk bertemu sendiri dengan jururawat yang dikenali sebagai Lily itu.

Image from: Mekyun Jumpa 'Kembar', Siap Cuba Pakai Tudung

"Hari ini Mekyun nak jumpa dengan akak nurse ni, nak tengok sama ke tak muka kita berdua," katanya.

Lebih menarik perhatian, Mekyun juga cuba memakai tudung untuk 'mengesahkan' lagi persamaan mereka.

Image from: Mekyun Jumpa 'Kembar', Siap Cuba Pakai Tudung

Tanpa perlu diragui lagi, wajah mereka sememangnya seiras.

"Ini pertama kali Mekyun pakai tudung sarung. Sama? Mekyun dan Mek Lily," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju bahawa mereka adalah 'kembar'.

"Beza kening dengan ketinggian je, lepastu semua sama"

"Cepat nak tengok reaksi pok dengan mok lepas tahu ada kembar Mekyun"

"Aku ingatkan Mekyun ada satu je kat Malaysia. Dah jumpa yang kedua hahahah"

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved