
SEBIJI habis! Itu perkataan yang terpacul dari mulut penulis melihat wajah personaliti media sosial, Mekyun dan seorang jururawat yang dikenali sebagai Nur Laily ini.
Mekyun atau nama penuhnya Wee Yun Nee, 29, berkongsi momen istimewa bertemu Nur Laily yang mengundang perhatian warganet.
"Sejak video ini tular, semua orang cakap kakak nurse ini sama dengan Mekyun, Jadi hari ini kami nak jumpa, sama ke tak muka kami berdua
"Sama tak muka kami? Mekyun jumpa kembar Mekyun gais! Hehe," titipnya.

Menerusi video yang dikongsi, kedua-duanya gembira bertemu buat kali pertama sejak. Masing-masing terkesima dan berpelukan.
Persamaan semakin nyata selepas Mek Yun menyarungkan tudung berwarna putih menyerupai hijab jururawat.

"Mekyun dan Mek Lily, kakak dan adik," kata mereka.
Artikel berkaitan:
- 'Paling sayang, Abe Wee bukan lagi milik saya seorang...' Mek Yun sebak abang berkahwin, imbas momen sejak kecil
- Mangsa letupan gas Putra Heights peluk Mekyun, menangis terkenang banjir 2021, kini rumah rosak lagi
- Jiwa majmuk jadi inspirasi
Warganet terpukau menyaksikan dua wanita seiras berdiri bersebelahan. Tidak kurang juga yang mengakui persamaan mereka memang sukar dibezakan.
"Perbezaan cuma tinggi rendah dengan tahi lalat je wey! Lain semua sama dah. Yang ni memang betul betul aproved!"
"Hidung sama, gigi sama apa lagi sama."
"Serious copy paste. Copy ori AA ni."
"Masalahnya cara ketawa pun sama. Kembar lain mak lain bapa ni."
"Benarlah di dunia ni ada tujuh orang muka seiras kita. Mekyun dah jumpa satu sama dengan dia."
Terdahulu, Nur Laily tular menerusi sebuah video di TikTok yang memaparkan dirinya lengkap berpakaian jururawat selepas pulang dari hospital.
“Saya sahaja kah yang nampak persamaan ini? Apa pendapat kalian? Muka macam Mekyun versi jururawat,” kata adiknya.
Video berdurasi 29 saat itu meledak dan meraih 1.5 juta tontonan dalam sekelip mata. Netizen turut teruja dan berharap kedua-dua mereka dipertemukan.
Sumber: Instagram
