“Melampau” – Peminat Kesal Lihat Foto Joy Disunting Secara Berlebihan Untuk Comeback RED VELVET

18 Jun 2024 • 1:16 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas “Chill Kill”, kumpulan RED VELVET akhirnya akan membuat kemunculan semula dengan album baru!

Terbaru, RED VELVET telah berkongsi konsep foto setiap ahli untuk album baru mereka “Cosmic”, yang akan dilancarkan pada 24 Jun nanti.

Meskipun teruja melihat kecantikan mereka namun, peminat mendapati bahawa foto Joy sepertinya telah disunting secara berlebihan menyebabkan peminat sukar untuk mengenalinya.

image is not available

Selain dari gaya rambut dan solekan tebal yang jarang dikenakan wanita itu, peminat percaya bahawa suntingan keterlaluan pada gambar itu membuatkan wajahnya berubah.

Komen peminat,

  • Ini bukan Joy!!
  • Cantik…tapi ini seperti bukan Joy yang sebenar. Melampau betul photoshop pun.
  • Punyalah fikir ni siapa, Joy rupanya.
  • Nampak macam Sullyoon NMIXX.

Nampak lain ke korang rasa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.