Memandu Sambil Letak Telefon Di Riba Boleh Disaman RM1000 & Penjara 3 Bulan

26 Jun 2023 • 10:18 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tidak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini kita dapat melihat rakyat Malaysia sering mengamalkan sikap cuai ketika memandu seperti meletakkan telefon bimbit di riba untuk menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps untuk menuju ke sesuatu destinasi.

Secara tidak langsung, tindan tersebut telah mengundang bahaya kerana pemandu akan mengalihkan mata dari jalan untuk beberapa saat dalam menyemak jalan pada peranti.

image is not available

Susulan itu, menerusi laporan The Star, memandu sambil menggunakan telefon bimbit merupakan salah satu kesalahan trafik dan boleh dikenakan saman sehingga RM1,000 (minimum RM300) dan penjara 3 bulan jika didapati bersalah.

Bukan itu sahaja, pesalah buat kali kedua boleh didenda sehingga RM2,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

image is not available

Disebabkan itu, para pemandu diminta untuk menggunakan pemegang telefon untuk menggunakan navigasi supaya dapat melihat jalan sambil mengerling ke skrin.

Sumber: The Star (N.Trisha)