Memandu Secara Melulu, Anggota JPJ Digantung Tugas

Entertainment
10 Jul 2025 • 11:34 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah kereta peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilihat memandu secara melulu dan membahayakan.

Kejadian itu berlaku di Simpang Pulai, Perak pada 9 Julai, difahamkan anggota yang memandu kereta tersebut sudah digantung tugasnya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata anggota berkenaan memandu kenderaan jabatan dan memotong garisan berkembar dan pihaknya menerima aduan awam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan tindakan tegas sudah diambil.

“Tindakan tegas serta merta sudah dikeluarkan kepada anggota JPJ yang terbabit dengan pengeluaran notis saman kepada anggota yang memandu atas kesalahan memotong di garisan berkembar dan larangan memandu kenderaan jabatan.

Selain itu, arahan menggantung tugas serta menempatkan anggota yang terbabit ke jawatan kumpulan di Ibu Pejabat JPJ sehingga siasatan selesai,” katanya.

Difahamkan, pihak JPJ juga sudah mengambil langkah susulan dengan melaksanakan siasatan lanjut berkaitan kesalahan lain yang membabitkan anggota terbabit untuk tindakan seterusnya.

Katanya, JPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengguna jalan raya termasuk anggota serta kakitangan JPJ yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.