“Memang Ada Patah, Seperti Yang Tular” – Peguam Sahkan Ada Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina

11 Aug 2025 • 9:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan wujud kecederaan pada tubuh remaja berusia 13 tahun itu, seperti yang tersebar di media sosial, berdasarkan pemerhatiannya sepanjang lapan jam proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Menurut peguam Shahlan Jufri, beliau berada di bilik bedah siasat tanpa makan dan minum bagi memerhati keseluruhan prosedur yang dijalankan pasukan forensik, memetik Sinar Harian.

image is not available

Sudah tentu ada kecederaan, memang ada kecederaan. Kecederaan seperti yang kamu tahu di media sosial, begitulah. Yang selebihnya saya tidak boleh beritahu kerana masih dalam siasatan dan ia sulit.

“Seperti yang tersebar di media itu, saya tidak berapa ingat jumlah kecederaan, tetapi memang ada patah, memang ada kecederaan,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HQEI pada malam Ahad.

Beliau turut menegaskan bahawa prosedur dijalankan secara profesional.

“Memang proses bedah siasat itu berjalan dengan telus, integriti sangat tinggi dan lancar,” tegasnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-10 15:43:03

"Dia Cukup Lantang.." - Nama Rozita Che Wan 'Dipetik' Doktor Perubatan Berhubung Kes Adik Zara Qairina