“Memang banyak kekurangan” – [VIDEO] Tak ‘Perform’ Ketika Mengacara Gegar Vaganza, Danial Zaini Mohon Maaf

Entertainment
26 Sep 2022 • 4:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rancangan realiti TV nyanyian, Gegar Gavanza (GV) menghiburkan penonton pada setiap hari Ahad. Ia menampilkan 13 orang peserta yang merupakan penyanyi profesional lama atau berpengalaman dalam industri muzik di Malaysia bersaing untuk merebut gelaran juara.

GV kini sudah pun masuk musim ke sembilan, ia dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Jihan Muse, bagaimanapun bagi musim ini rancangan tersebut melihat ketiadaan Jihan Muse yang baru sahaja melahirkan cahaya mata dan digantikan dengan Elly Mazlein.

Semalam, konsert kedua bagi musim ini berjalan tanpa kehadiran Nabil Ahmad dan digantikan dengan penyampai Radio Era, Danial Zaini.

Disebabkan peminat rancangan tersebut sudah pun sinonim dengan gaya pengacaraan Nabil Ahmad, penggantian Danial Zaini dikatakan telah menjatuhkan rating episod kedua semalam.

Menerusi lama TikTok miliknya, Danial membuat permohonan maaf dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku malam semalam.

@danial.zaini

image is not available Ini kenyataan saya berkenaan dgn pengacaraan saya di minggu yg kedua gegar vaganza 2022 #gv9 #gegarvaganza2022

♬ original sound – Danial Zaini – Danial Zaini

“Memang banyak kekurangan saya, saya mohon maaf andai saya rosakkan program.

Kejadian hari ini, saya di telefon oleh pihak produksi, 4-5 jam sebelum show dan diberitahu untuk menggantikan Nabil. Saya tiada pilihan dan tetap kena pergi, saya hanya ada masa 4 jam untuk prepare.

Apa yang anda lihat itulah dia, tiada rehearsal dan tiada dry run.” katanya.

Selain itu, dia juga meminta orang ramai untuk sentiasa menyokong GV dan selalu mendoakan dirinya dalam kerjayanya.

Last minute tu, okay sangat dah! Keep it up Danial!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.