“Memang betul, ramai tak tahu” – Ikhwan Rosli Setuju Kenyataan Gaji DJ Radio Tinggi

Entertainment
18 Jan 2024 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu ini, hangat diperkatakan mengenai isu gaji yang diperoleh segelintir DJ swasta yang kononnya mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.

Ini rentetan daripada perkongsian seorang pelakon veteran, Fauziah Nawi menerusi media sosial baru-baru ini.

Susulan kenyataan itu, bekas penyampai radio dan hos terkenal, Linda Onn menafikan dakwaan terbabit selepas namanya dipetik oleh seorang individu.

image is not available

Namun, Ikhwan Rosli atau Bong yang pernah bertugas sebagai penyampai radio mengatakan bahawa dia bersetuju ada DJ radio menerima pendapatan setinggi itu.

Menurut Ikhwan, ramai yang tidak mengetahui tentang itu dan menegaskan bahawa bayaran yang diterima berdasarkan pengalaman dan skil seseorang penyampai radio itu sendiri.

“Mungkin ramai tidak tahu, dalam industri hiburan, penyampai radio menerima gaji tinggi. Secara jujurnya, senior-senior terima gaji yang besar.

“Tapi kita kena tahu kenapa, ketika zaman mereka stesen radio adalah satu-satunya platform. Namun, sekarang ada banyak platform digital.

“Saya rasa mungkin sekarang sedikit berkurangan, tapi bergantung juga pada profil penyampai radio itu sendiri. Penyampai radio baru mungkin murah, yang senior lama mungkin mahal,” katanya.

@mingguanwanita

Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander. #mwambiltahu #mingguanwanita #penyampairadio #industriseni #fyp

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Sekadar info, Ikhwan pernah berkhidmat sebagai penyampai radio selama 12 tahun di dua stesen radio, 10 tahun di Hot FM dan dua tahun di Kool FM.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.